Dua remaja antara 143 diberkas dalam Op Ice Breaker di Kerian

Diposting pada

Dua remaja antara 143 diberkas dalam Op Ice Breaker di Kerian

Dua remaja antara 143 diberkas dalam Op Ice Breaker di Kerian

BAGAN SERAI: Dua remaja lelaki adalah antara 143 individu ditahan sepanjang Op Ice Breaker di tujuh lokasi dalam daerah Kerian bagi tempoh 29 Julai hingga 4 Ogos lalu.

Kedua-dua remaja berusia 14 dan 18 tahun yang tidak lagi bersekolah itu ditahan dalam operasi berasingan di Bagan Serai dan Parit Buntar.

Mereka dipercayai terlibat dalam aktiviti penagihan dadah jenis methamphetamine sejak setahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, operasi disertai 60 pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian.

“Selain tangkapan, kita turut berjaya mengesan sebuah rumah di Kampung Dew, Semanggol yang dijadikan transit bagi aktiviti pengedaran dadah sejak dua minggu lalu,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, pada Selasa.

Dalam serbuan di rumah itu 2 Ogos lalu, polis menahan dua lelaki berusia lingkungan 30 dan 40-an dipercayai pengedar.

Menurutnya, mereka turut merampas 147.61 gram dadah jenis heroin, methamphetamine seberat 18.1 gram dan satu peket plastik berisi tumbuhan kering dipercayai ganja seberat 0.41 gram dengan nilai anggaran keseluruhan RM7,800.

"Mereka kini ditahan reman selama 14 hari bagi membantu siasatan polis," ujarnya.

Omar Bakhtiar berkata, dalam operasi Ice Breaker, tangkapan paling ramai adalah melibatkan kes di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 iaitu seramai 102 orang termasuk seorang wanita berusia 30 tahun.

Menurutnya, pelbagai jenis dadah turut dirampas, antaranya heroin seberat 282.32 gram, syabu (48.03 gram) dan ganja (1.49 gram) dengan nilai keseluruhan RM18,556.90.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.