Dua rakyat Singapura hilang ketika berkayak di perairan Mersing

Diposting pada

Dua rakyat Singapura hilang ketika berkayak di perairan Mersing

Dua rakyat Singapura hilang ketika berkayak di perairan Mersing

JOHOR BAHRU: Dua warga Singapura dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti berkayak di Perairan Endau, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, Asisten Superintenden Mohd. Nor Mohd berkata mangsa yang hilang dikenali sebagai Tan Eng Soon, 62, dan Puah Geok Tin, 57 tahun.

"Mangsa yang juga seorang lelaki dan wanita itu gagal dikesan semasa menyertai aktiviti berkayak bersama 13 lagi peserta kayak yang kesemuanya adalah warga Singapura ketika melakukan aktiviti itu di pulau sekitar Endau.

"Mereka disyaki hilang antara Pulau Sri Buat di Perairam Pahang dan Pulau Mertang di Mersing.

"Dilaporkan mangsa terpisah dari kumpulan berkayak pada 5.40 petang pada khamis, akibat laut bergelora dan angin kencang.

"Laporan polis dibuat berkaian kehilangan mereka  pada jam 10.30 pagi tadi (jumaat) selepas usaha mencari oleh pengadu dan rakan-rakan mangsa gagal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas Mohd Nor operasi mencari dan menyelamat (SAR) kedua mangsa melibatkan anggota Balai Polis Endau, sebuah bot marin bersama anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta sebuah bot kilat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai Orang Hilang.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.