Dua maut dihempap pokok tumbang

Diposting pada

Dua maut dihempap pokok tumbang

Merdeka

BENTONG: Kegembiraan sekumpulan individu yang sedang berkhemah berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka maut selepas dihempap sebatang pokok tumbang di Air Terjun Lata Hammer di sini pada Sabtu malam.

Kejadian yang berlaku pukul 10 malam itu menyebabkan mangsa Winnie Tan Gaik Kin, 56, dan Chin Kean Hwa, 51, maut di lokasi selepas ditemui pasukan penyelamat yang melakukan operasi mengesan mangsa.

Difahamkan ketika kejadian seramai 25 individu termasuk warga emas berumur 81 tahun mendirikan khemah di kawasan Air Terjun Lata Hammer pada Sabtu.

Ketua Polis daerah, Superintenden Yusof Unis berkata, sebatang pokok dengan anggaran ketinggian kira-kira 30 meter dan lilitan dua meter telah tumbang dan menghempap mangsa yang mendirikan khemah di lokasi kejadian.

"Akibat kejadian, dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi mengalami kecederaan," katanya.

Menurut Yusof, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital yang sama.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Anuar Hassan berkata, pihaknya menggunakan peralatan khas bagi membawa keluar mangsa yang parah dari ketinggian 60 meter.

Mayat mangsa tragedi pokok hempap di Air Terjun Lata Hammer dibawa keluar oleh pasukan keselamatan. - Gambar Ihsan BOMBA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.