Dua lelaki cedera dalam pergaduhan disebabkan kunci motosikal

Diposting pada

Dua lelaki cedera dalam pergaduhan disebabkan kunci motosikal

Dua lelaki cedera dalam pergaduhan disebabkan kunci motosikal

KUALA KANGSAR: Dua lelaki cedera dalam pergaduhan berkumpulan di hadapan kedai menjual kuih di pekan Padang Rengas dekat sini, malam Isnin.

Mangsa yang cedera dalam pergaduhan kira-kira jam 8.30 malam itu ialah seorang lelaki berusia 47 tahun dan seorang lagi lelaki berusia 23 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu bermula apabila seorang daripada mangsa menuntut kunci motosikal anaknya yang didakwa diambil seorang lelaki yang berusia 48 tahun.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan rasa tidak puas hati menyebabkan lelaki yang dituduh itu memukul mangsa di bahagian kepala dengan objek keras sehingga mengalami kecederaan dan berdarah.

“Seterusnya terdapat tindak balas daripada orang ramai yang berada di tempat tersebut di mana ada di antara mereka telah memukul pula anak lelaki yang dituduh itu di bahagian kepala dengan menggunakan objek keras menyebabkannya mengalami kecederaan.

Berikutan kejadian itu, polis telah menahan suspek dan seorang lagi lelaki bagi membantu siasatan.

Menurut Razali, lelaki itu mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah dan kesalahan menceroboh, sementara lelaki yang menuduh suspek turut mempunyai rekod lampau bersabit kes dadah dan samun.

Beliau berkata, polis akan memanggil lebih ramai saksi yang berada di tempat kejadian untuk membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana bergaduh di tempat awam.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.