Dua buruh binaan warga indonesia maut ditimpa dinding konkrit

Diposting pada

Dua buruh binaan warga indonesia maut ditimpa dinding konkrit

Dua buruh binaan warga indonesia maut ditimpa dinding konkrit

SHAH ALAM: Dua buruh binaan warga Indonesia maut apabila ditimpa runtuhan dinding konkrit di sebuah tapak pembinaan di Seksyen U16, Denai Alam, Selangor pada Selasa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang, Sahrullah dan Mattalha, kedua-duanya berumur 42 tahun meninggal dunia kerana cedera parah di beberapa bahagian badan.

"Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.07 petang dan seterusnya menghantar sebuah jentera dengan kekuatan sembilan anggota.

"Setibanya di lokasi kejadian, mereka mendapati kedua-dua mangsa tersepit pada runtuhan dinding konkrit yang sedang dibina pada satu longkang yang juga masih dalam pembinaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Hafisham, mayat Sahrullah dikeluarkan oleh orang awam. Mangsa dipercayai patah pada bahagian tengkuk selain patah tangan.

Beliau berkata anggota bomba mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mayat Mattalha dan terpaksa memecahkan dinding konkrit menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang cedera parah di kepala.

"Kedua-dua mangsa yang berasal dari Pamekasan, Jawa Timur disahkan meninggal oleh pasukan perubatan dan mayat mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.