Dua beradik terjun dari tingkat dua selamatkan diri dari kebakaran

Diposting pada

Dua beradik terjun dari tingkat dua selamatkan diri dari kebakaran

Dua beradik terjun dari tingkat dua selamatkan diri dari kebakaran

SANDAKAN: Seorang wanita dan kanak-kanak lelaki cedera selepas terjun dari tingkat dua rumah yang disewa mereka di Jalan Batu 2 Setengah, dekat sini selepas kediaman tersebut mengalami kebakaran.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari Selasa itu, mangsa dikenali sebagai Marina Zulfiqar, 24 dan adiknya Risqi Zulfiqar, 8 tahun, dilaporkan cedera di tangan dan kaki.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.33 tengah hari dan bergegas ke lokasi bersama 14 anggota bomba.

“Pada jam 2.32 petang, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan pemeriksaan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal berkeluasan kira-kira 370 meter persegi.

“Terdapat dua mangsa cedera selepas terjun dari tingkat dua rumah terbabit. Namun punca kejadian sebenar masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, api didapati sedang marak lalu operasi memadam kebakaran segera dijalankan.

Tambah beliau, kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Duchess of Kent untuk mendapatkan rawatan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.