Drama tawan bas berakhir, 'sniper' tembak lelaki bersenjata palsu

Diposting pada

Drama tawan bas berakhir, 'sniper' tembak lelaki bersenjata palsu

Drama tawan bas berakhir, 'sniper' tembak lelaki bersenjata palsu

RIO DE JANEIRO: Drama tebusan di Brazil, membabitkan seorang lelaki bersenjata yang menahan 37 penumpang bas, berakhir apabila polis menembak mati lelaki itu selepas beberapa jam dia menawan sebuah bas di Rio De Janeiro.

Lelaki bersenjata itu menawan kenderaan tersebut di atas jambatan yang menghubungkan bandar itu dan Niterio.

Sebelum itu, polis yang lengkap bersenjata mengepung bas berkenaan ketika berunding dengan lelaki itu yang bersenjatakan pistol dan membawa petrol.

Lelaki itu dilaporkan menaiki bas jam 5.30 pagi waktu tempatan dan mula mengancam untuk membakar bas berkenaan bersama penumpangnya.

Pada mulanya, polis memaklumkan lelaki itu bersenjatakan pistol dan pisau.

Bagaimanapun, Leftenan Kolonel Maurilio Nunes dari skuad polis elit yang mengendalikan tebusan itu berkata, pistol yang dibawa suspek sebenarnya palsu.

Ketika melangkah keluar dari bas berkenaan, suspek ditembak penembak tepat apabila dia mencampak objek menyerupai sebuah beg.

Kesemua tebusan tidak mengalami sebarang kecederaan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.