"Dia pernah jadi bapa saya, namun esoknya dia hilang" – Diana bercerita mengenai bapanya

Diposting pada

"Dia pernah jadi bapa saya, namun esoknya dia hilang" – Diana bercerita mengenai bapanya

"Dia pernah jadi bapa saya, namun esoknya dia hilang" - Diana bercerita mengenai bapanya

SELAMA dia masyhur sebagai pelakon selain kedudukannya sebagai isteri kepada aktor ternama Datuk Farid Kamil, tidak pernah walau sekali wajah ayah Datin Diana Danielle kelihatan.

Sebilangan besar peminat tentu sekali tertanya-tanya kenapa Diana tidak pernah bercerita mengenai ayahnya.

Yang kerap kelihatan ialah wajah ibunya, Norsiah Ramli.

Wanita itu merupakan tulang belakang kejayaan anaknya dalam industri hiburan tanah air. Norsiah tidak pernah membiarkan anaknya sendirian melalui onak dan ranjau dunia lakonan.

Lalu, apabila Diana secara terbuka bercerita mengenai bapanya di laman Instagram peribadinya, ramai yang semakin memahami situasinya.

Hati anak mana yang tidak sedih apabila ayah kandung sendiri enggan bertemu zuriatnya.

Kesedihan itu tambah berganda apabila harapan menggunung disandarkan oleh si anak untuk memeluk dan berkongsi kasih dengan ayah.

Demikianlah kesedihan yang sebetulnya disembunyikan Diana selama ini.

Selama ini juga, hatinya meronta-ronta bertanya kenapa bapanya tergamak enggan menemuinya.

"Dia pernah ada dalam hidup saya, dia pernah menjadi bapa saya namun esoknya dia hilang. Saya terima hakikat itu sekarang… tapi kenapa?

"Tak tahu bagaimana rasa sakit itu kerana anda mengharapkan dia kembali dan bawa semua kesakitan berkenaan. Tapi tak mengapa, Alhamdulillah dengan kehidupan saya sekarang walau tanpa kehadiran dia.

"Bukan saya yang tak nak jumpa, dia yang tak nak," kata Diana menjawab pertanyaan pengikutnya di laman Instagramnya.

Dibesarkan tanpa kasih sayang, bimbingan dan perhatian bapa bukan suatu perkara yang mudah untuk sesiapa pun.

Apatah lagi mengetahui hakikat bahawa ayahnya masih ada.

Namun, Diana tidak pernah berdendam atau berjauh hati, sebaliknya, fasa menyedihkan itu mendidiknya untuk menjadi seorang anak yang berjiwa besar.

Kerana itu, Diana, 28, tidak pernah walau dalam sehari untuk melupakan ayahnya.

Ikrar Diana, selagi masih ada hayatnya, dia akan sentiasa mendoakan kesejahteraan ayahnya.

"D (Diana) sekejap sangat rasa kasih sayang seorang ayah, sampai sekarang walaupun dia tahu saya wujud… dia masih cuba untuk lupakan yang dia adalah ayah saya dan darahnya mengalir dalam badan saya.

"Itulah takdir, itulah kehidupan. Walau apa yang berlaku, saya akan sentiasa mendoakan untuk ayah saya kerana dia tetap ayah saya," luah Diana lagi.

Realitinya, ketiadaan bapa kandung di sisi adalah satu kesedihan buat Diana, namun kedukaan itu terubat dengan kehadiran ibunya yang tidak pernah membiarkan dia sendirian sejak dia dilahirkan sehinggalah sudah berumah tangga.

"Syukur ibu saya masih hidup, dia yang korbankan segalanya untuk saya. Dialah teman, dialah pembimbing dan saya syukur ada suami yang sayang anak-anaknya seluruh jiwa raganya," kata Diana lagi dalam entri beserta foto suaminya, Farid sedang melayan telatah anak perempuan mereka, Nur Aurora, 4.

Nur Aurora dalam ribaan ayahnya, Farid Kamil. - Gambar Instagram DIANA DANIELLE

Dalam luahan rasa itu juga, pelakon utama filem Hanyut itu turut menyatakan rasa syukurnya kerana Nur Aurora dan abangnya, Muhammad, 6, berkesempatan berkongsi kasih sayang dengan ayah mereka.

Farid, katanya, melengkapkan kehidupannya selain kedua-dua permata hati mereka.

"Masa akan berlalu dengan pantas, semoga hubungan ini akan buat anak-anak kita tak lekang doa di bibir bila kita tak ada nanti," kata Diana lagi.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.