DBKL tanggung semua kos rawatan mangsa – Fahmi

Diposting pada

DBKL tanggung semua kos rawatan mangsa – Fahmi

DBKL tanggung semua kos rawatan mangsa - Fahmi

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju menanggung semua kos rawatan melibatkan mangsa yang terlibat dalam kejadian lif terhempas di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi, Pantai, pada Jumaat.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, kesemua mangsa sudah mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Saya sudah berhubung dengan pihak PPUM, di situ lebih kurang 7 daripada mangsa berada di sana untuk mendapatkan rawatan.

“Pihak DBKL telah menyatakan semua kos rawatan akan ditanggung oleh DBKL. Pada masa sama saya melihat aspek psikologi dan kaunseling perlu diberikan. Salah seorang pelajar sekolah, saya risau sekiranya (mangsa) ada mengalami trauma daripada insiden ini,” katanya kepada Astro AWANI, hari ini.

Sekurang-kurangnya lapan mangsa mengalami kecederaan, yang mana empat mangsa lelaki termasuk kanak-kanak mengalami kecederaan patah kaki, sementara yang lain mengalami kecederaan pada bahagian pergelangan kaki.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, seramai 18 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai dan Seputeh dikejarkan ke lokasi kejadian.

BACA: Empat orang patah kaki, lif terhempas dari tingkat lima PPR Kerinchi

BACA: Lif terhempas: Terdapat laporan awal kerosakan – Bomba

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.