Dakwaan laporan forensik kes rogol hilang, polis akan panggil Ketua Wanita MCA

Diposting pada

Dakwaan laporan forensik kes rogol hilang, polis akan panggil Ketua Wanita MCA

Dakwaan laporan forensik kes rogol hilang, polis akan panggil Ketua Wanita MCA

IPOH: Polis akan memanggil Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie untuk merakam percakapan berhubung dakwaan pemilik akaun Facebook '1Malaysia Tolak DAP' baru-baru ini.
 
Ia sebagai susulan laporan yang dibuat Polis Perak sendiri berhubung dakwaan pemilik akaun berkenaan bahawa laporan forensik kes seorang Exco Negeri Perak yang didakwa merogol pembantu warga Indonesia telah hilang.
 
Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Lim Hong Shuan berkata, polis juga akan memanggil Heng untuk membantu siasatan.
 
“Untuk kes itu, polis telah klasifikasi kes di bawah fitnah iaitu Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan kita sedang menjalankan siasatan dan akan panggil suspek berkenaan untuk menjalankan siasatan.
 
“Kita akan memanggil dia (Ketua Wanita MCA) untuk merakam percakapan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.
 
Baru-baru ini, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain menafikan dakwaan pemilik akaun Facebook '1Malaysia Tolak DAP' bahawa laporan forensik kes dakwaan seorang exco Perak merogol pembantu rumah warga Indonesia telah hilang.
 
Menurutnya, pihak polis sebenarnya masih belum menerima laporan forensik daripada Jabatan Kimia dan juga pihak hospital berhubung dakwaan itu.

 
Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh PDRM Perak berhubung kenyataan pemilik akaun berkenaan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.