Cubaan rompak mesin ATM oleh lelaki 'hood' hitam di Setia Alam gagal

Diposting pada

Cubaan rompak mesin ATM oleh lelaki 'hood' hitam di Setia Alam gagal

Cubaan rompak mesin ATM oleh lelaki 'hood' hitam di Setia Alam gagal

SHAH ALAM:

Satu cubaan melarikan dua buah mesin deposit tunai dan satu mesin pengeluaran wang automatik, ATM di pagi sambutan hari raya AidilAdha hari ini menemui kegagalan.

Cubaan merompak itu berlaku sekitar jam 6.43 pagi di sebuah bank di Setia Alam selepas pintu premis dibuka secara automatik pada jam 6 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, pihaknya menerima laporan yang mendakwa ada kesan umpil pada ketiga-tiga mesin berkenaan kira kira jam 8.10 pagi.

Hasil pemeriksaan menemui rantai besi dan cangkuk yang telah dipasang pada mesin ATM disyaki digunakan untuk cubaan menarik keluar mesin terbabit.

Hasil pemeriksaan menemui rantai besi dan cangkuk yang telah dipasang pada mesin ATM disyaki digunakan untuk menarik keluar mesin terbabit.  - Foto Astro AWANI

Rakaman tiga buah kamera litar tertutup di dalam premis mendapati kejadian melibatkan dua suspek.

Salah seorang suspek memakai jaket hood hitam dan berseluar pendek telah bertindak mengumpil mesin ATM dengan menggunakan besi pengumpil crowbar.

Manakala seorang lagi suspek yang juga memakai jaket hood dan berseluar panjang dilihat memasang rantai besi dan cangkuk pada mesin ATM.

Namun cubaan menarik keluar menggunakan sebuah kenderaan gagal.

 Cubaan menarik keluar menggunakan sebuah kenderaan gagal. - Foto Astro AWANI

Semakan juga mendapati tiada pengawal keselamatan yang ditugaskan di premis terbabit berikutan pintu premis ditutup secara automatik pada jam 12 malam dan dibuka semula kira kira jam 6 pagi.

Kes disiasat mengikut seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.