Cinta makin hangat, Camila Cabello jumpa ibu bapa Shawn Mendes

Diposting pada

Cinta makin hangat, Camila Cabello jumpa ibu bapa Shawn Mendes

Cinta makin hangat, Camila Cabello jumpa ibu bapa Shawn Mendes

LAGU Senorita yang sedang hangat dimainkan di radio dan media sosial bukan lagu pertama yang menggabungkan dua penyanyi hebat ini.

Duet antara penyanyi Shawn Mendes dan Camila Cabello menerusi lagu I Know What You Did Last Summer tiga tahun lalu sahaja telah membuktikan bahawa gabungan kedua penyanyi ini sangat hebat.

Mereka dilihat semakin mesra bersama ketika mempromosikan lagu Senorita.

Dan ada ura-ura mengatakan bahawa mereka berdua sedang menjalinkan hubungan cinta kerana mereka dilihat sering meluangkan masa bersama-sama.

Apa yang lebih menarik, Camila dikatakan sudah bertemu dengan ibu bapa kepada penyanyi tampan itu.

Menurut laporan media antarabangsa, mereka telah bertemu ketika meraikan ulang tahun kelahiran Shawn yang ke -21, pada Khamis lalu.

Nampaknya, hubungan mereka berdua dilihat semakin serius dan sudah pasti peminat kepada kedua-dua penyanyi ini sangat menyukai keserasian mereka berdua.

Harap-harap ia bukanlah satu gimik untuk mempromosikan lagu tersebut.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.