Cecah pungutan RM1.18 juta di hari pertama, BoBoiBoy Movie 2 cipta rekod filem animasi …

Diposting pada

Cecah pungutan RM1.18 juta di hari pertama, BoBoiBoy Movie 2 cipta rekod filem animasi …

Cecah pungutan RM1.18 juta di hari pertama, BoBoiBoy Movie 2 cipta rekod filem animasi tempatan

FILEM animasi bergenre aksi, BoBoiBoy Movie 2 (BBB2) berjaya raih kutipan RM1.18 juta pada hari pertama ia ditayangkan!

Perkara itu diumumkan menerusi akaun Instagram Astro Shaw pada petang Jumaat

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

[ #BoBoiBoyMovie2 – KUTIPAN PEMBUKAAN TERTINGGI BAGI FILEM ANIMASI TEMPATAN. RM1.18 JUTA DI HARI PERTAMA] Alhamdulillah.. HASIL SOKONGAN ANDA SEMUA, #BBBM2 telah meraih kutipan mencecah RM1.18 JUTA di hari pembukaan tayangan. Terima Kasih di atas sokongan penonton yang dah menonton di hari pertama. Cuti sekolah dah mula, dapatkan tiket ya! BoBoiBoy Movie 2 KINI DI PAWAGAM!! #AstroShaw #Monsta #AniMy #BoBoiBoy

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

BoBoiBoy Movie 2 merupakan filem animasi terbitan Animonsta dengan kerjasama Astro Shaw dan filem berkenaan berjaya mencipta rekod baharu filem animasi tempatan.

Di media sosial, rata-rata netizen berpendapat bahawa jalan cerita filem animasi itu sangat menarik selain suntingan animasi CGI filem itu yang cantik serta kemas.

Filem itu telah mula ditayangkan pada 8 Ogos dan paling menarik filem ini turut menjadi animasi Malaysia pertama yang ditayangkan serentak di lima buah negara.

Antara negara yang terpilih termasuklah Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.