Caprice tampil mohon maaf kepada NGO, rakyat Kelantan atas posting sinis

Diposting pada

Caprice tampil mohon maaf kepada NGO, rakyat Kelantan atas posting sinis

Caprice tampil mohon maaf kepada NGO, rakyat Kelantan atas posting sinis

KUALA LUMPUR: Selepas satu laporan polis dibuat terhadap penyanyi rap tempatan Ariz Ramli atau Caprice kerana didakwa menghina rakyat Kelantan dalam satu posting di akaun Instagramnya, Caprice hari ini tampil memohon maaf.

Permohonan maaf itu ditujukan kepada Kumpulan Anak Muda Kelantan dan rakyat negeri itu susulan posting sinis  yang dikatakan menyinggung perasaan pelbagai pihak.

Bagaimanapun Caprice menyifatkan post yang dimuat naik oleh sebuah pemegang akaun di Instagram sebagai bersifat melaga-lagakan atau 'batu api' kerana mengambil video yang dimuatnaiknya tanpa meletakkan sebarang penjelasan.

Jelas Caprice lagi, dia juga bersetuju bahawa kenyataan penceramah bebas, Dr Zakir Naik berkenaan isu 'tetamu' bersifat provokasi namun berpendapat penceramah itu tidak sepatutnya dilayan sedemikian.

BACA: Hina rakyat Kelantan, NGO buat laporan polis terhadap Caprice

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam Kelantan, (sapu ke kiri) 1) Caprice memohon maaf kepada Kumpulan Anak muda Kelantan dan rakyat kelantan if mereka terasa berkenaan posting itu namun menyifatkan IG kelantan sebagai batu api kerana mengambil video tanpa caption di post. 2) Caprice setuju yang kenyataan Zakir Naik berkenaan tetamu itu provoke namun Zakir Naik tidak sepatutnya dilayan sedemikian atas ilmu islam yang canggih 3) Rakyat Malaysia perlu bersatu sama sama dan tidak terlalu fokus akan racial issue 4) Caprice sedia untuk bekerjasama dgn NGO Anak Muda Kelantan untuk bantu ummah sebab dua2 pihak ade visi yang sama dan kita ade bina platform seperti, IslamPro: servis ke rumah, Mengaji.com dan Umrahloka. Lagi baik kita membesarkan case ni dan kejersama sebab dari awal tahun caprice sendiri pernah try jumpe ahli2 pemimpin Kelantan. Insyallah kalau dapat peluang kita boleh kerjesama.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Dalam catatannya itu, Caprice turut berharap agar rakyat Malaysia terus bersatu dan tidak hanya memberikan tumpuan kepada isu perkauman semata-mata.

Caprice juga berkata dia bersedia bekerjasama dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Anak Muda Kelantan untuk membantu ummah terutama dalam beberapa inisiatif yang dijalankannya selama ini.

Terdahulu, satu laporan polis telah dibuat oleh Kumpulan Anak Kelantan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya pada Ahad terhadap penyanyi tempatan itu.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.