'Bukan mahu menyindir, tapi …' – Isu kulit, ini penjelasan Altimet

Diposting pada

'Bukan mahu menyindir, tapi …' – Isu kulit, ini penjelasan Altimet

'Bukan mahu menyindir, tapi ...' - Isu kulit, ini penjelasan Altimet

PENYANYI dan komposer Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad mengakui tidak mempunyai niat untuk menyindir mana-mana pihak mengenai isu kulit yang diperkatakan menerusi entri di Instagram miliknya.

Menurut Altimet, dia sebaliknya mahu membantu orang ramai yang mempunyai masalah kurang keyakinan diri untuk terus yakin menerusi status yang dimuat naik itu.

"Sebenarnya sebelum ini ramai yang direct message (DM) saya menceritakan tentang kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri mereka sehingga mereka tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.

"Jadi status yang dimuat naik oleh saya itu adalah sebagai salah satu cara untuk memberi motivasi kepada orang ramai terutama pengikut saya di media sosial," kata Altimet atau nama sebenarnya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad.

"Saya bukan mahu menyindir, tapi sebaliknya mahu membantu mereka yang berasa sedih kerana kekurangan diri.

"Sejujurnya, saya sendiri pernah mengalami masalah yang sama sebelum bergelar anak seni namun saya anggap kekurangan yang ada pada diri sebagai kelebihan untuk mengembalikan keyakinan diri," katanya kepada Gempak.

Altimet berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Ola Bola Merdeka Tour, di Matic, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Dalam perkembangan lain, Altimet kini duduk di kerusi juri tetap program Muzikal Lawak Superstar (MLS) bersama Datuk Awie dan Nora Danish.

MLS akan bersiaran selama 10 minggu, setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.
 
Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand.
 
Untuk mengundi bintang, undian boleh dilakukan secara:
 
1.Undian boleh dilakukan di gempak.com/muzikallawaksuperstar
 
2.Taip MLS <jarak> NAMA KUMPULAN atau MLS (3/5/10/20) <jarak> NAMA KUMPULAN untuk (3/5/10/20) undian ke 32777.
 
Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari www.muzikallawaksuperstar.gempak.com.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.