Budaya dan tamadun Melayu perlu kebangkitan semula – Anwar

Diposting pada

Budaya dan tamadun Melayu perlu kebangkitan semula – Anwar

Merdeka

KUALA LUMPUR: Budaya dan tamadun Melayu memerlukan kebangkitan semula yang akan membimbing umat ke jalan intelektual dalam politik dan ekonomi.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bukan seruan baharu namun langkah kembali semula kepada syiar agama yang menegaskan semula prinsip-prinsip al-Quran dan Sunnah.

"Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, kebangkitan Islam akan melibatkan komuniti Islam berdasarkan visi tertentu iaitu kesempurnaan, penuh dengan kebenaran dan cinta pembelajaran.

"Dalam hal ini, iman dan penegasan multikulturalisme akan menjadi penting sementara keadilan dan belas kasihan, saling menghormati dan kebebasan dan tanggungjawab membentuk semangat baru kolektif untuk memandu ummah bergerak maju," katanya.

Anwar berkata demikian semasa ucaptama Majlis Antarabangsa untuk Kerjasama Sejarah dan Kebudayaan-Asia Tenggara (ICHCC-SEA) dengan Persatuan Sejarah Malaysia di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) pada Selasa.

Cabaran-cabaran peradaban semasa era kolonial di kepulauan Melayu menjadi antara topik perbincangan di persidangan kali ini.

Sebanyak 15 kertas kerja daripada ahli akademik dan ahli sejarah dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan  Amerika Syarikat akan disampaikan.

Ia sekali gus untuk memperdalam serta mempromosikan keamanan dan legasi Islam di Nusantara dan mengetengahkan kepentingan ke serata dunia untuk mempromosikan kerjasama dan kajian semula dalam sejarah dan tamadun tentang pergolakan politik Islam.

Pembentang kertas kerja akan menekankan usaha gigih yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak terutama pencinta sejarah untuk mengkaji kesungguhan masyarakat peribumi mencipta tamadun mereka, sebelum dijajah oleh kuasa Barat.

Ia bukan sahaja untuk memperkukuh identiti kebangsaan, malah bertujuan untuk mengetengahkan Nusantara sebagai latar kepada pendidikan sejarah di rantau ini, dan memanjangkannya kepada institusi pendidikan negara.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.