'Brad Pitt' takut keluar rumah

Diposting pada

'Brad Pitt' takut keluar rumah

'Brad Pitt' takut keluar rumah

LONDON: Gara-gara berwajah seiras aktor Hollywood terkenal, Brad Pitt, jurubina di Britain ini sering dikerumuni peminat pelakon terbabit.

Nathan Meads, 33, dari Oxford berkata, ramai orang sering tersilap meminta izin mengambil gambar dan autograf kerana menyangka dia adalah Brad Pitt.

"Saya tidak boleh ke mana-mana. Saya tidak boleh masuk ke kedai. Anda akan melihat mereka di belakang kaunter berbisik sesama sendiri kerana menyangka saya ialah Brad Pitt," katanya.

Meads mendakwa dia tidak dapat melihat persamaan antaranya dengan bekas suami aktres Angelina Jolie itu walaupun turut menyimpan janggut sejemput seperti Brad Pitt.

Bagaimanapun, dia tidak mengubah penampilan lain untuk kelihatan sama seperti pelakon Ocean's Eleven tersebut.

Menurutnya, dia sering mendapat ratusan mesej di media sosial dan cuba membalasnya dan mengaku perhatian luar biasa seperti itu tidak mengganggu hidupnya.

"Jika saya boleh buat orang lain tersenyum. Saya gembira untuk lakukannya," ujarnya.

Berwajah kacak seperti Brad Pitt juga memberi kelebihan kepada Meads untuk tampil menerusi beberapa program TV tempatan termasuk Take Me Out, sebuah rancangan 'dating game show'. – Agensi

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.