Bom ketika Perang Saudara Sepanyol dijumpai di perairan Barcelona

Diposting pada

Bom ketika Perang Saudara Sepanyol dijumpai di perairan Barcelona

Bom ketika Perang Saudara Sepanyol dijumpai di perairan Barcelona

BARCELONA: Polis Sepanyol melakukan kawalan letupan keselamatan selepas bom era perang saudara negara itu dijumpai di sebuah perairan di Barcelona.

Polis berkata, bom seberat 70 kilogram itu dibawa keluar pada Isnin kira-kira dua kilometer dari pantai, dan diletupkan pada kedalaman 45 meter di laut.

Tambahnya, bom itu digunakan pada 1936 ketika permulaan Perang Saudara Sepanyol selama tiga tahun.

Bom yang terletak tiga meter di dalam laut itu dijumpai pada Ahad, kira-kira 25 meter dari Pantai Sant Sebastia. 

Pantai tersebut ditutup buat sementara waktu sehingga bom berkenaan diletupkan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.