Blackpink tiada dalam album DJ Snake kerana…

Diposting pada

Blackpink tiada dalam album DJ Snake kerana…

Blackpink tiada dalam album DJ Snake kerana...

RAMAI yang sedia maklum penerbit album terkenal dari Paris, DJ Snake, ingin merakamkan lagu bersama kumpulan K-pop sensasi, Blackpink yang popular dengan lagu Kill This Love.

Namun, untuk album Carte Blanche yang baru sahaja dilancarkan oleh DJ Snake beberapa hari lepas menunjukkan kumpulan tersebut tiada dalam senarai.

Ini antara pertanyaan peminat kepada DJ Snake yang inginkan kepastian tentang 'hilangnya' nama kumpulan pujaan mereka dalam projek itu:

Peminat bertanyakan kepada DjSnake mengapa Blackpink tiada didalam albumnya

"Mereka tidak dapat berkolaborasi bersama kerana masalah jadual yang padat," balas DJ Snake.

Blackpink dikatakan sibuk dengan konsert jelajah dan juga persediaan untuk konsert jelajah Jepun mereka yang pertama.

Mungkin pada masa akan datang, para peminat akan dapat mendengar gabungan dua pemuzik hebat itu dan sudah pasti pada masa itu mereka akan menggegarkan dunia.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.