Big Stage buka gelanggang untuk peserta serantau, termasuk BBNU Korea Selatan

Diposting pada

Big Stage buka gelanggang untuk peserta serantau, termasuk BBNU Korea Selatan

Big Stage buka gelanggang untuk peserta serantau, termasuk BBNU Korea Selatan

PETALING JAYA: Program realiti hiburan Big Stage, yang sebelum ini melahirkan penyanyi Sarah Suhairi, kini kembali untuk musim kedua.

Kali ini, ia tampil berbeza kerana pihak produksi membawakan peserta-peserta berbakat bukan sahaja dari Malaysia, malah dari Indonesia, Brunei, Thailand dan juga Korea Selatan.

Pengurus saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal berkata, fenomena yang berlaku pada musim pertama membuatkan pihak pengurusan Astro bersedia mengembangkan jenama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

"Sebenarnya kita sudah lama inginkan program seperti Akademi Fantasia (AF) atau Gegar Vaganza (GV)  melangkah lebih jauh luar dari Malaysia.

"Tetapi dengan Big Stage, apa yang sudah jadi tahun lepas seperti persembahan Sarah Suhairi yang mendapat perhatian masyarakat Korea dan Blackpink, berserta reaksi video yang mereka lakukan, kami merasakan kita sudah bersedia untuk bergerak ke peringkat yang lebih jauh.

"Jadi mengapa tidak kita tembusi pasaran luar negara dan dalam masa sama kita hendak pamerkan bakat-bakat Malaysia ke luar negara," katanya selepas majlis sidang media Big Stage yang diadakan di Nicsmann 1940s By Lewre, The Starling Mall, di sini.

Penyanyi tersohor negara Datuk Seri Siti Nurhaliza juga kembali menjadi juri tetap di samping dua penyanyi dari Indonesia iaitu Judika dan Cakra Khan.

Peserta-peserta Big Stage Musim Kedua

Ini merupakan senarai 12 peserta yang akan memeriahkan pentas Big Stage musim kedua:

Adzrin – Malaysia

Aziz Harun – Brunei

Han Byul – Korea Selatan

Irfan Haris – Malaysia

Kucaimars – Malaysia

Santesh – Malaysia 

Chaleeda – Thailand

Dinda Permata – Indonesia

Fieya Julia – Malaysia

Neeta – Malaysia

Sheryl Shazwanie – Malaysia

Syada Amzah – Malaysia

Program yang mengangkat bakat baru dikenali dengan jolokan 'budak baru nak up’ (BBNU) ini akan diacarakan Alif Satar dan Sherry Al Hadad, mula ditayangkan secara langsung di Astro Ria dan Astro Ria HD pada 18 Ogos.

Anda juga boleh menyaksikannya di laman web www.bigsatge.gempak.com

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Inilah semua peserta #BigStage yang akan mewarnai konsert mingguan bermula 18 Ogos ini di Astro Ria dan Big Stage Live + di @astrogempak #DominasiBBNU Laporan @u.asyrafroslan

A post shared by AstroAwani (@501awani) on

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.