Berpuluh maut letupan bunuh diri di majlis perkahwinan

Diposting pada

Berpuluh maut letupan bunuh diri di majlis perkahwinan

Berpuluh maut letupan bunuh diri di majlis perkahwinan

KABUL: Berpuluh-puluh orang terkorban dalam satu letupan bunuh diri di sebuah majlis perkahwinan di ibu negara Afhanistan, pada Sabtu.

Dilaporkan, lebih 1,000 tetamu dijemput ke majlis tersebut dan ketika letupan berlaku, ratusan tetamu sudah tiba di lokasi kejadian.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nusrat Rahimi berkata, letupan di Kabul itu berlaku kira-kira jam 10.40 malam waktu tempatan di Dewan Perkahwinan Shahr E-Dubai.

Bagaimanapun, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai punca letupan.

Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa serangan tersebut adalah yang terburuk di Kabul setakat tahun ini.

Insiden berlaku beberapa hari selepas umat Islam selesai menyambut Hari Raya Aidiladha dan sebelum Afghanistan meraikan sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-100 pada Isnin.

Sehingga kini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.