Beli barang kemas RM40,000 guna kertas kosong

Diposting pada

Beli barang kemas RM40,000 guna kertas kosong

Beli barang kemas RM40,000 guna kertas kosong

KUANTAN: Seorang peniaga terkedu apabila mendapati sampul diserahkan oleh pelanggan yang kononnya berisi wang RM50,000 untuk pembelian sejumlah set barang kemas dari kedainya rupanya hanya kertas kosong.

Kejadian disedari peniaga wanita itu selepas membuka sampul tersebut setelah curiga apabila suspek yang menyamar sebagai anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan meminta supaya sampul tersebut tidak dibuka terlebih dahulu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusuf berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang semalam itu, mangsa bersama suami didatangi suspek ketika berada di premis perniagaannya di Pusat Komersial Pekan, Jalan Sultan Abu Bakar, Pekan.

Menurutnya, suspek berusia dalam lingkungan 45 tahun memperkenalkan diri sebagai Din dari IPD Pekan memberitahu untuk membeli barang kemas bagi pihak ibu pejabat polis daerah itu untuk dihadiahkan kepada pegawai polis dari Bukit Aman.

“Suspek mendakwa hadiah itu sempena kenaikan pangkat Ketua Polis Daerah baharu.

“Selepas bersetuju dengan harga ditawarkan suspek memilih barang kemas berupa set subang,cincin dan loket permata nilam bercampur berlian diikat emas putih berharga RM10,000, sepasang subang bertatah delima, nilam dan zamrud diikat emas kuning berharga RM5,000 dan seutas gelang tangan permata nilam campur berlian diikat emas putih berharga RM10,000," katanya.

Mohd Wazir berkata, suspek turut membeli dua bentuk cincin bertatah delima dan berlian diikat emas kuning, sebentuk cincin bertatah delima dan berlian diikat emas putih dan sebentuk cincin nilam campur berlian ikat dengan emas putih dengan harga RM16,000.

“Selepas memilih barang kemas tersebut, suspek memberitahu mangsa barang tersebut perlu dibawa ke pejabat untuk ditunjukkan kepada Ketua Polis Daerah terlebih dahulu.

“Sebelum beredar suspek menyerahkan sampul surat yang didakwa berisi wang RM50,000 didakwanya milik polis sebagai wang cagaran namun mangsa tidak dibenarkan membuka sampul tersebut sebelum suspek beredar," katanya.

Mangsa yang curiga dengan arahan suspek itu bertindak membuka sampul tersebut dan mendapati didalamnya hanya kertas kosong.

“Menyedari ditipu hingga mengalami kerugian RM40,000, mangsa tampil membuat laporan polis pada hari sama, semalam.

“Suspek sudah dikenalpasti berdasarkan gambar yang dirakam mangsa menggunakan telefon bimbit dan kes ini disiasat mengikut Seskyen 420 Kanun keseksaan," katanya.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.