Belalai air gemparkan penduduk Langkawi

Diposting pada

Belalai air gemparkan penduduk Langkawi

Belalai air gemparkan penduduk Langkawi

LANGKAWI: Penduduk di sekitar Telaga Harbour Park, Langkawi gempar dan terkejut selepas menyaksikan fenomena belalai air yang melanda kawasan pantai berhampiran, pada pagi Rabu.

Kejadian tersebut berlaku ketika cuaca hujan dan angin kencang yang melanda kawasan perairan Langkawi kira kira jam 11.30 pagi.

Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Langkawi, Kapten PA Ahmad Shahfikri Darus, fenomena terbabit dikatakan berlaku dalam tempoh kira-kira 10 minit.

Jelasnya, belalai air tersebut datang dari arah laut menuju ke kawasan darat sebelum lenyap dari pandangan.

Tambah Shahfikri, sehingga kini tiada sebarang aduan kerosakan berlaku akibat kejadian tersebut.

Beliau menegaskan berdasarkan maklumat yang diterima dari Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kejadian yang belaku itu bukan asing bagi kawasan laut dan ia adalah satu fenomena belalai air yang normal.

Pada Rabu, tular di laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp mengenai satu kejadian belalai air yang dikatakan berlaku sekitar daerah Langkawi.

Kebimbangan melihat fenomena belalai air itu sedikit sebanyak ada kaitan dengan pengalaman penduduk tempatan yang berdepan ribut kuat pada 9 Ogos lalu.

Ribut yang merupakan tempias Taufan Lekima dari China itu telah menjejaskan rutin harian penduduk Langkawi dan beberapa kawasan di negeri-negeri utara Semenanjung, selain meninggalkan impak kerosakan pada bangunan, kenderaan dan kemudahan awam lain.

BACA: Ribut Langkawi: Bangunan rosak dibadai angin kencang, kenderaan ditimpa pokok

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.