Belajar Bahasa Korea, anak Angelina Jolie buat persiapan sambung belajar di Seoul

Diposting pada

Belajar Bahasa Korea, anak Angelina Jolie buat persiapan sambung belajar di Seoul

Belajar Bahasa Korea, anak Angelina Jolie buat persiapan sambung belajar di Seoul

ANAK kepada pelakon terkenal Hollywood Angelina Jolie, Maddox Jolie-Pitt, 18, bakal menyambung pengajiannya di Universiti Yonsei, Seoul, Korea Selatan.
 
Maddox kini sedang mengambil kelas Bahasa Korea sebagai persediaan untuk memasuki universiti berkenaan.
 
Anak sulung Angelina ini akan memulakan sesi pembelajarannya pada September depan.
 
Maddox sebelum ini telah menerima pelbagai tawaran universiti namun dia memilih untuk menyambung pengajian di Unversiti Yonsei.
 
Difahamkan Maddox akan menetap di Seoul pada Ogos depan dan menyambung pengajian dalam bidang biokimia.
 
Terdahulu, pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 selepas 10 tahun bersama dan bercerai pada September 2016.
 
Mereka mempunyai enam orang anak termasuk anak angkat iaitu Maddox, 17, Pax, 15, Zahara, 14, Shiloh, 13, Vivienne, 11 dan Knox, 11. – Sumber: Allkpop

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.