Bedah siasat kedua Nora Anne tak gugat keyakinan patologi negara – Boon Chye

Diposting pada

Bedah siasat kedua Nora Anne tak gugat keyakinan patologi negara – Boon Chye

Bedah siasat kedua Nora Anne tak gugat keyakinan patologi negara - Boon Chye

IPOH: Kemungkinan ibu bapa remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang mahu bedah siasat kedua dilakukan terhadap mayat anak mereka, sama sekali tidak menggugat keyakinan terhadap ahli patologi di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, terpulang kepada keluarga mangsa untuk membuat siasatan selanjutnya termasuk bedah siasat kali kedua di luar negara, sebagai mana yang dilaporkan.

"Itu terpulang kepada mereka… itu hak mereka untuk buat post mortem kedua itu memang hak mereka buat yang saya tahu mereka telah ambil mayat dan itu terpulang untuk mereka buat siasatan yang selanjutnya.

"Kita memang yakin kepada profesionalisme pakar-pakar patologi yang buat post mortem di tanah air, ini tidak akan menggugat keyakinan pada ahli patologi negara," kata Dr Lee.

Memetik laporan portal Daily Mirror, Maebh Jaseprine Quoirin, 45, dan Sebastian Marie Philipe, 47, sedang membincangkan perkata itu bagi memastikan ahli patologi tidak terlepas sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan kematian Nora Anne.

Daily Mirror memetik sumber sebagai berkata, mereka mungkin meminta bedah siasat diadakan di Britain atau Perancis di mana siasatan polis berhubung kes tersebut masih diteruskan.

Mayat Nora Anne ditemukan kira-kira pukul 1.57 petang Selasa lalu oleh sekumpulan pendaki yang menyertai operasi SAR kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.