Bantahan kumpulan Anti-Lynas adalah hak bersuara – Yeo Bee Yin

Diposting pada

Bantahan kumpulan Anti-Lynas adalah hak bersuara – Yeo Bee Yin

Bantahan kumpulan Anti-Lynas adalah hak bersuara - Yeo Bee Yin

HULU LANGAT: Menteri Tenaga,Sains,Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata kementeriannya akan memantau secara rapi pengoperasian kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas).

Menterinya Yeo Bee Yin berkata, ia adalah supaya syarikat itu mematuhi syarat baharu yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Mengenai Lynas, saya rasa untuk kita (MESTECC) akan memantau pematuhan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan terhadap Lynas.

"Kita akan terus pemantauan secara rapi dan akan pastikan syarat itu diikuti,” kata Bee Yin dalam satu sidang media pada Isnin.

Ditanya mengenai bantahan Kumpulan Anti-Lynas, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) berhubung pelanjutan lesen operasi Lynas yang menyifatkan Pakatan Harapan (PH) gagal menunaikan janji manifesto sebelum ini, Bee Yin berkata, itu adalah hak bersuara oleh rakyat.

“Kita hormati hak untuk bersuara, kita rasa mereka boleh bersuara atas pandangan mereka terhadap keputusan kerajaan.

"Untuk MESTECC kita akan pastikan pemantauan rapi untuk pematuhan syarat-syarat baru dan pematuhan undang-undang sedia ada,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Pelancaran Pemasangan Lampu Jalan Kampung di Kampung Rincung Hilir, Semenyih pada Isnin.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.