Anwar nasihat Azmin dan Zuraida datang mesyuarat

Diposting pada

Anwar nasihat Azmin dan Zuraida datang mesyuarat

Merdeka

KUALA LUMPUR: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ke mesyuarat untuk membincangkan beberapa isu mengenai parti yang tidak dihadiri Timbalan Presiden itu sebelum ini.

Jelasnya, ia tidak akan dinyatakan kepada umum dan bertegas mahu Mohamed Azmin hadir ke mesyuarat parti selain mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

"Apa yang saya tahu dia tidak datang, saya sudah nasihat dia untuk datang," katanya.

Anwar berkata demikian semasa sidang media selepas menyampaikan ucaptama Persidangan yang dianjurkan Majlis Antarabangsa untuk Kerjasama Sejarah dan Kebudayaan-Asia Tenggara (ICHCC-SEA) dengan Persatuan Sejarah Malaysia di sini, pada Selasa.

Mohamed Azmin sebelum ini dilaporkan dilihat beberapa kali tidak hadir mesyuarat parti termasuk Majlis Pimpinan Tertinggi.

Isu itu timbul selepas ketegangan yang tercetus antara penyokong Anwar dan Mohamed Azmin dalam PKR sebelum ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar turut meminta Zuraida Kamaruddin hadir ke mesyuarat sama untuk membincangkan isu parti selain hal surat yang ditimbulkan Naib Presiden PKR itu.

Zuraida pada Isnin memberitahu, tidak akan melayan sebarang jawapan daripada Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung ketiga-tiga surat yang diserah kepadanya.
  
Sebaliknya, Zuraida menjelaskan masih menunggu jawapan daripada Anwar berhubung penyerahan surat untuk beliau bertemu Ahli Parlimen Port Dickson itu. 

Pada 20 Ogos lalu, Zuraida mendedahkan permintaannya yang tidak ditunaikan Anwar menjadi salah satu punca mengapa beberapa pemimpin parti bertindak untuk tidak menghadirkan diri dalam mesyuarat MPP.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.