Anti Lynas koyak manifesto PH

Diposting pada

Anti Lynas koyak manifesto PH

Anti Lynas koyak manifesto PH

KUANTAN: Kumpulan anti-Lynas, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), hari ini bertindak mengoyak Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) Pakatan Harapan (PH), selepas gagal menunaikan janji mentadbir negara berlandaskan prinsip kemampanan.

Pengerusinya, Tan Bun Teet, berkata, tindakan kerajaan membenarkan Lynas beroperasi sudah melanggar janji nombor 39 dalam manifestonya yang mana pakatan itu berikrar mentadbir negara berlandaskan prinsip kemampanan.

"Jadi pada perhimpunan pagi ini, peserta perhimpunan bertindak mengoyak kertas manifesto sebagai simbolik kerana tindakan kerajaan membuat membuat pusingan U (U-turn) dalam isu Lynas," katanya di sini pada Ahad.

Sebelum itu, kira-kira 500 peserta berhimpunan di Taman Gelora di sini bagi membantah tindakan kerajaan membenarkan lesen operasi Lynas Malaysia Sdn Bhd diperbaharui selama enam bulan.

Turut hadir,  Ahli Parlimen Bentong, Wong Tack, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sim Chon Siang dan ADUN Semambu, Lee Chean Chung.

Pembaharuan lesen Lynas, yang beroperasi di Gebeng Kuantan itu, kali ini disertakan dengan beberapa syarat utama antaranya ialah pemindahan proses ‘Cracking and Leaching’ ke luar negara dan pembinaan Kemudahan Pelupusan Kekal (PDF).

Sementara itu, Bun Teet berkata,  tindakan kerajaan ini juga berkemungkinan akan memberi kesan kepada keputusan PRU-15 nanti.

"Ini kerana banyak perkara yang dijanjikan oleh kerajaan sebelum ini diketepikan oleh kerajaan PH dan itu memberi ketidakpuasan rakyat terutamanya berkaitan isu Lynas," katanya.

Katanya lagi, mereka juga berharap 39 pemimpin Pakatan Harapan yang menandatangani aku janji membatalkan Lynas supaya kembali membantah tindakan kerajaan ini.
 
"Kita juga bercadang mempertimbangkan untuk membuat semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan yang membenarkan Lynas beroperasi enam bulan lagi," katanya.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.