Anggota TUDM maut digilis treler

Diposting pada

Anggota TUDM maut digilis treler

Anggota TUDM maut digilis treler

SETIA ALAM: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan mangsa turut digilis di susur Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) menghala Subang pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, motosikal ditunggangi mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah treler.

Menurutnya, kejadian menyebabkan mangsa yang datang dari arah Plaza Tol Setia Alam terjatuh dan digilis oleh kenderaan berat terbabit.

“Mangsa, Mohd Aizul Shazwan Anuar, 29, beralamat di Markas Tentera Udara, Kementah Jalan Padang Tembak Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

"Hasil siasatan kejadian berlaku selepas mangsa dikatakan selesai membayar cukai di Setia Alam dan dalam perjalanan balik ke Kem TUDM," katanya.

Beliau berkata, pemandu treler berusia 42 tahun beralamat di Ayer Tawar, Perak dikesan menerusi seorang saksi bebas selepas kejadian.

Bagaimanapun, pemandu treler terbabit mendakwa tidak tahu dia terlibat dengan kemalangan dan tidak merasai apa-apa semasa memandu kenderaan berat itu.

Katanya, pemeriksaan fizikal treler tidak menemui sebarang kesan gesel atau pelanggaran dengan motosikal mangsa.

"Treler ditahan untuk pemeriksaan lanjut oleh Jabatan Kimia.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.