Anggota polis ditahan lepaskan tembakan di luar pusat hiburan

Diposting pada

Anggota polis ditahan lepaskan tembakan di luar pusat hiburan

Anggota polis ditahan lepaskan tembakan di luar pusat hiburan

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat koperal ditahan setelah melepaskan tembakan di luar sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak di sini, pada Ahad.

Menurut sumber, anggota berusia 33 tahun itu yang dipercayai mabuk melepaskan tembakan ke udara kerana cuba meleraikan pergaduhan antara rakan wanitanya dengan beberapa individu kira-kira 5.25 pagi.

"Tiada kecederaan dilaporkan akibat tembakan yang dilepaskan dalam insiden itu dan anggota itu kemudian ditahan oleh pegawal keselamatan pusat hiburan," katanya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan suspek kini direman selama dua hari untuk siasatan lanjut. 

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.