Anak panda kembar dilahirkan di Belgium

Diposting pada

Anak panda kembar dilahirkan di Belgium

Anak panda kembar dilahirkan di Belgium

SEPASANG panda kembar gergasi dilahirkan di sebuah zoo di Belgium.

Zoo Pairi Daiza menerusi perkongsian di Twitter mengesahkan kelahiran panda itu pada Jumaat.

Katanya, panda tersebut kini dalam keadaan sihat dan pihak zoo memantau keadaan kesihatan anak panda kembar itu.

Anak panda kembar ini dilahirkan pada Khamis selepas lapan bulan lapan hari dalam kandungan ibunya, Hao Hao yang dipinjamkan oleh kerajaan China pada 2014.

Tempoh itu juga dikatakan membawa tuah dalam tradisi Cina. 

Pasangan kembar ini merupakan panda kedua dan ketiga yang dilahirkan di zoo tersebut, selepas kelahiran anak pertama Hao Hao, Tian Bao pada Jun 2016.

Sehingga kini panda kembar ini masih belum diberi nama. 

Panda gergasi ini merupakan spesies terancam yang perlu usaha pemeliharaan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.