Anak muda akan 'berontak' kalau kerajaan gagal fahami mereka

Diposting pada

Anak muda akan 'berontak' kalau kerajaan gagal fahami mereka

Merdeka

PUTRAJAYA: Golongan muda hanya akan menjadi ‘anti-establishment’ sekiranya kerajaan gagal memahami aspirasi mereka sebagai pewaris tanah air tercinta ini, tegas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dalam satu temubual eksklusif bersama Astro AWANI sempena Hari Kebangsaan ke-62 di Putrajaya baru-baru ini, beliau, yang juga Ketua Pemuda Pakatan Harapan berkata, fenomena itu juga akan berterusan sekiranya kerajaan gagal bersuara dan gagal memperjuangkan isu-isu berkaitan golongan itu, yang kini merangkumi hampir separuh daripada jumlah pengundi berdaftar.

Ahli Parlimen Muar itu turut menekankan, dengan kelulusan Parlimen agar pendaftaran automatik akan dikuatkuasakan untuk mereka yang mencapai umur 18 tahun, peratusan pengundi muda akan mencecah sekitar 55 peratus menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Kalau kita hanya fokus isu agama dan bangsa dan lupakan kualiti pendidikan, kos sara hidup, pekerjaan atau underemployment, di mana anak muda tidak digajikan dengan baik. Kalau kita lupa isu-isu asas kepada anak muda, memang lah mereka anak jadi anti establishment.

“Tetapi kalau kita merasai denyut nadi mereka, berjuang bersama dengan mereka dan akhirnya menjadi vehicle kepada mereka, Insya-Allah kita akan berjaya,” tegasnya lagi.

Walaupun beliau sedar memberikan lebih suara kepada pengundi muda boleh memberi kesan yang kurang memihak kepada kerajaan pemerintah, namun semua itu boleh diatasi sekiranya kerajaan terus menyediakan visi, misi serta polisi yang memenuhi keperluan anak muda.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata, beliau berpuas hati dengan komitmen kerajaan dalam menonjolkan lebih banyak bakat muda di peringkat tertinggi termasuk dalam Kabinet, syarikat berkaitan kerajaan, serta badan pembuat polisi yang lain.

“Sebagai contohnya buat pertama kali dalam sejarah tiga anak muda dimasukkan ke dalam National Economic Action Council, badan ekonomi tertinggi negara dan juga dalam GLC, GLIC, yang lain dimasukkan ke dalam ahli lembaga pengarah seperti Sepang International Circuit, anak muda dalam lingkungan umur 25 ke 26 tahun dan banyak syarikat yang lain.

“Ini memastikan bahawa semua suara anak muda itu,idealisme anak muda itu, dapat diterjemah dalam pengurusan tertinggi negara,” katanya lagi.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.