Anak dikerah 'berbaris' sebelum maut ditembak bapa durjana

Diposting pada

Anak dikerah 'berbaris' sebelum maut ditembak bapa durjana

Anak dikerah 'berbaris' sebelum maut ditembak bapa durjana

CHIANG MAI: Kejam dan sadis!

Seorang bapa, Chatchawal Saeyang, 27 tahun tergamak menembak mati anak kandungnya sebelum bertindak membunuh dirinya selepas dipercayai bercerai dengan isterinya.

Pichaphop Saeyang, tiga tahun dipercayai telah diarahkan untuk berbaris sebelum Chatchawal melepaskan tembakan dan mengorbankan anaknya itu.

Chatchawal turut mengambil tindakan mencederakan bayinya, Krissada Saeyang yang berusia 23 bulan.

Krissada dilaporkan dikejarkan ke Hospital Chiang Mai, Thailand dan laporan awal memaklumkan bayinya berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Mae Hod, Kolonel Kamkaew Suyati berkata suspek dipercayai mengalami kemurungan selepas isterinya bertindak meninggalkannya dan dua anaknya pada 26 April lalu selepas mengambil keputusan untuk berkahwin lain.

Laporan portal Thailand melaporkan Chatchawal telah mengerahkan anak-anaknya untuk berbaris sebelum melepaskan tembakan dan mengambil keputusan membunuh diri.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.