Alumni UPM terkilan keputusan KPM pendek lantikan Syed Razlan

Diposting pada

Alumni UPM terkilan keputusan KPM pendek lantikan Syed Razlan

Alumni UPM terkilan keputusan KPM pendek lantikan Syed Razlan

KUALA LUMPUR: Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM) membantah keras tindakan Kementerian Pendidikan memendekkan lantikan Datuk Seri Syed Razlan Syed Putra Jamalullail sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM).

Presidennya, Datuk Raihan Sharif menjelaskan, keputusan memendekkan tempoh lantikan tersebut juga dilihat sebagai tidak berhemah.

"Kita turut menggesa keputusan tersebut ditarik balik dan sebarang lantikan Pengerusi Lembaga Pengarah baharu ditangguhkan buat sementara waktu.

"Pengerusi Lembaga Pengarah UPM adalah satu jawatan tinggi dan penting. Oleh itu, sebarang penamatan jawatan ini perlulah melalui proses yang lebih bermaruah.

"Pemakluman memendekkan tempoh lantikan kepada Syed Razlan yang ditandatangani oleh Menteri Pendidikan bertarikh 17 Julai lalu tidak mencerminkan teras falsafah kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berlandaskan ketelusan dan 'rule of law'," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.

Antara alasan persatuan yang dikatakan mempunyai 93,000 orang ahli di seluruh negarai itu adalah kerana percaya tindakan Menteri Pendidikan itu berkemungkinan besar dibuat berdasarkan nasihat yang salah sekali gus menyebabkan satu tindakan tidak tepat.

Persatuan tersebut malah mendakwa keputusan memendekkan tempoh jawatan Syed Razlan yang sebelum ini diberi tanggungjawab menjalankan siasatan ke atas salah Iaku tiga orang pegawai tinggi UPM dipercayai kerana satu komplot  untuk melindungi pihak terlibat dalam salah laku pentadbiran di universiti awam berkenaan.

"Ahli Lembaga Pengarah baharu anak syarikat UPM juga telah mengesan tahap pentadbiran yang begitu menyedihkan serta berkemungkinan salah Iaku dalam tadbir urus anak syarikat tersebut. Ahli Lembaga Pengarah anak syarikat telah memohon kepada Lembaga Pengarah UPM supaya sebuah firma audit bertauliah dilantik untuk menjalankan audit forensik bagi ke atas anak syarikat terbabit.

"Kami juga difahamkan bahawa dalam masa yang sama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri, berdasarkan maklumat orang awam, telah membuat lawatan mengejut ke atas anak syarikat UPM tersebut. Beberapa dokumen dan maklumat penting berkaitan kes telah diambil dari pejabat anak syarikat itu, " dakwa persatuan itu.

Kementerian Pendidikan sebelum ini menjelaskan, pertimbangan profesional demi kepentingan UPM merupakan sebab utama memendekkan kontrak perkhidmatan Syed Razlan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah universiti tersebut diambil.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.