All Stars Buka Panggung cabar selebriti berlakon, melawak tanpa skrip

Diposting pada

All Stars Buka Panggung cabar selebriti berlakon, melawak tanpa skrip

All Stars Buka Panggung cabar selebriti berlakon, melawak tanpa skrip

DAMANSARA: Ini berita baik buat peminat komedi tanah air.

Jika sebelum ini anda disajikan dengan beberapa program lawak antara Maharaja Lawak Mega, Raja Lawak dan Muzikal Lawak Superstar, kini Astro Warna bakal menampilkan program terbaharu All Stars Buka Panggung bermula 6 September depan.

Menurut Pengurus saluran Astro Warna, Prima dan Intrend Norzeha Mohd Salleh, pertandingan komedi pentas (stagecom) itu berkonsepkan realiti dan bakal menampilkan barisan pelakon hebat tanah air.

Cabarannya adalah tagline 'Katakan tidak kepada skrip' iaitu kesemua 20 peserta bakal berlakon dan melawak tanpa sebarang skrip.

"Dari elemen yang ada dalam stagecom sedia ada, kita angkat menjadi stagecom lebih besar. Uniknya kali ini, kita cabar para pelakon yang bukan dalam kalangan pelawak. Itu keunikan paling utama dalam All Stars Buka Panggung.

"(Penonton) pasti terhibur, tergelak dan banyak perkara akan berlaku dalam All Stars Buka Panggung," katanya

Disokong oleh syarikat pengeluar alat telekomunikasi OPPO, program selama lima minggu itu bakal berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam setiap Jumaat 9 malam dan akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna (CH132) dan Astro Warna HD (CH124).

Bagi memberi lebih impak, juara Maharaja Lawak Mega 2018 Ajak dan Shahrul Shiro digandingkan sebagai hos dalam program berkenaan.

"Sebenarnya kami pun teruja sebab kami selalu berganding di pentas lawak, tapi untuk pengacaraan ini pertama kali kami berganding jadi saya pun tak sabar nak berganding dengan Syahrul," kata Ajak Shiro.

Antara barisan pelakon yang akan mengegarkan pentas All Stars Buka Panggung ialah Datuk Aaron Aziz, Datuk Fizz Fairuz, Datin Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah, Zulhuzaimy dan Naim Daniel.

Bagi Fizz Fairuz, pentas All Stars Buka Panggung amat mencabar skil serta kebolehan seseorang pelakon itu secara spontan mengikut situasi dan tema yang diberikan.

"Selama saya berlakon, kita hidup dengan skrip. Nak ad-lib sedikit tu boleh, tapi yang ini memang betul tiada skrip maka pandai-pandai pesertalah. Satu cabaran besar untuk semua peserta, tetapi kita janjikan, penonton akan terhibur nanti," katanya.

Setiap pemenang mingguan, bakal membawa pulang trofi serta sumbangan wang tunai RM4,000 yang akan disalurkan kepada pelakon tanah air yang memerlukan bantuan dengan kerjasama Persatuan Seniman Negara (Seniman).

Manakala bagi hadiah keseluruhan, pemenang tempat keempat, ketiga dan kedua masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM5,000, RM10,000, RM25,000 serta trofi.

Juara pula bakal membawa pulang wang tunai RM50,000 serta trofi.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.