Alif Syukri bercita-cita berduet dengan Anuar Zain, Faizal Tahir

Diposting pada

Alif Syukri bercita-cita berduet dengan Anuar Zain, Faizal Tahir

Alif Syukri bercita-cita berduet dengan Anuar Zain, Faizal Tahir

USAHAWAN selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan dua penyanyi lelaki popular tanah air, Anuar Zain dan Faizal Tahir.

Menurut Aliff Syukri, beliau juga mempunyai keinginan untuk menjadi masyhur dan hebat dalam bidang nyanyian seperti kedua-dua idolanya itu.

"Sejujurnya, saya teringin nak berduet dengan Anuar Zain atau Faizal Tahir. Mereka popular dan berbakat… saya rasa saya boleh mengembangkan bakat seperti mereka.

"Paling tidak pun, saya mahu berduet dengan Ismail Izzani kerana dia salah seorang bakat baru yang mempunyai populariti dan bakat yang baik dalam bidang nyanyian," kata Aliff Syukri.

Selepas menempa kekayaan dan kemewahan hasil daripada jualan produk kesihatan dan kecantikan, Aliff Syukri turut menonjolkan bakat nyanyiannya.

Aliff Syukri sehingga kini sudah merakamkan beberapa buah lagu antaranya Abang Nak Tegur, Bobo Di Mana, Biar Apa Orang Kata dan Jom Raya.

Beliau juga baru sahaja melancarkan lagu terbaru berjudul Cowok Baru, Aliff bekerjasama dengan Upiak Isil dan Lucinta Luna.

"Lagu ini sebagai pemangkin untuk saya mengembangkan bakat nyanyian di Indonesia. Lagu ini dipasarkan oleh Datu Entertainment dan kini saya merupakan artis rakaman di bawah naungan mereka.
 

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

siapa dah tgok dan dengar lagu abg?? . . yeahh abg dah jadi artisas rakaman

BACA: Selepas mahligai, Aliff Syukri beli kondo RM6 juta di Pavilion

BACA: Aliff Aziz kantoi curang, Aliff Syukri kena tempias

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.