Akibat kecewa diceraikan, wanita ini bakar diri sendiri

Diposting pada

Akibat kecewa diceraikan, wanita ini bakar diri sendiri

Akibat kecewa diceraikan, wanita ini bakar diri sendiri

AKIBAT terlalu sedih dengan penceraiannya, seorang wanita berusia 32 tahun cuba membunuh diri dengan membakar dirinya sendiri.

Kejadian yang berlaku di daerah Chachoengsao Muang, Bangkok itu ternyata mengejutkan penduduk setempat yang cuba menyelamatkan mangsa yang dikenal pasti sebagai Patcharporn Khuprasert.

Memetik laporan portal Bangkok Post, tubuh Patcharporn terbakar 60 peratus sewaktu pasukan polis dan penyelamat tiba di kediamannya dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lalu.

Berdasarkan laporan awal, Patcharaporn yang lebih mesra dengan nama panggilan Nong Mint merupakan seorang wanita yang mempunyai paras rupa menawan dan sentiasa gembira.

Memetik laporan portal Bangkok Post, tubuh Patcharporn terbakar 60 peratus sewaktu pasukan polis dan penyelamat tiba di kediamannya dalam kejadian yang berlaku pada Selasa lalu. Foto: Bangkok Post

Bagaimanapun selepas berpisah dengan bekas suaminya setahun yang lalu, karakternya berubah secara mendadak dan sering menyindiri.

Nong Mint yang mempunyai seorang cahaya mata berusia empat tahun ini sedang menerima rawatan di Hospital Buddhasothorn.

Namun menurut pakar perubatan dia hanya mempunyai 10 peratus peluang untuk terus hidup akibat kulitnya yang terbakar dengan teruk.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.