Airbus Malaysia yakin capai sasaran sumbangan AS$500 juta kepada KDNK

Diposting pada

Airbus Malaysia yakin capai sasaran sumbangan AS$500 juta kepada KDNK

Airbus Malaysia yakin capai sasaran sumbangan AS$500 juta kepada KDNK

KUALA LUMPUR: Airbus Malaysia yakin dapat mencapai sasaran sumbangan AS$550 juta kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini dalam tempoh lima tahun.

Naib Presiden dan Ketua Negara, Raymond Lim berkata buat masa ini, sumbangan pihaknya adalah 30 peratus daripada angka sasaran.

"Sasaran ini termasuk beberapa aktiviti yang belum kami maklumkan. Kami akan mengumumkan pada masanya yang sesuai.

"Malaysia telah menjadi pasaran penting kerana sokongan yang diberikan oleh kerajaan, termasuk insentif untuk syarikat aeroangkasa," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian pusat penyiapan dan penyerahan (CDC) helikopter serantau baharu Airbus oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, di sini pada Selasa.

Lim berkata Malaysia memiliki kumpulan bakat yang menjadi faktor tambahan untuk industri itu berkembang.

Mengenai CDC, Lim berkata ia dijangka dapat menyerahkan 13 helikopter pada 2020.

Tahun ini, syarikat itu menyasar menyerahkan tujuh helikopter, dengan empat daripadanya telah diserahkan.

CDC mempunyai kapasiti penuh untuk menyiapkan dan menyerahkan sehingga 20 helikopter setahun.

"Kami sentiasa bersedia untuk memanfaatkan infrastruktur sedia ada sehingga kapasiti penuh. Kami perlu memastikannya mengambil kira kadar kompentensi seiring peningkatan dan kemahiran yang sesuai dalam usaha berkembang sehingga mencapai kemajuan pantas," katanya.

Beliau berkata Airbus menyokong pelanggan Airbus Malaysia yang pelbagai dalam pasaran yang berbeza termasuk pihak yang sebahagiannya milik negara, minyak dan gas, serta pemilik swasta, dengan majoriti ialah pelanggan asing.

CDC baharu yang terletak di Subang, Selangor itu akan menyiapkan dan menyerahkan helikopter baharu kepada pelanggan di rantau Asia Tenggara – memperkukuhkan peranan Malaysia sebagai hab serantau Airbus bagi perkhidmatan helikopter, sokongan pelanggan dan latihan simulasi penerbangan penuh.

Sementara itu, Loke berkata Subang akan menerima pelaburan strategik yang besar dalam bidang aeroangkasa, yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butirannya.

Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata rancangan sedang dilaksanakan untuk menjadikan Subang sebagai daya tarikan ekonomi baharu di negeri itu.

Subang dinamakan sebagai antara tiga kawasan aeroangkasa Selangor selain Serendah dan Sepang.

Pada masa ini, 200 syarikat berkaitan aeroangkasa terletak di Subang dan menjadikan Selangor kini menempatkan 62 peratus daripada industri penerbangan Malaysia.

Selangor turut yakin dapat meningkatkan penguasaan pasarannya dalam industri aeroangkasa tempatan kepada 70 peratus pada 2020.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.