Ahmad Faizal kesal dakwaan dua daripada tiga lembu untuk korban dijual

Diposting pada

Ahmad Faizal kesal dakwaan dua daripada tiga lembu untuk korban dijual

Ahmad Faizal kesal dakwaan dua daripada tiga lembu untuk korban dijual

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kesal dengan tindakan tiga pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Bagan Datuk yang didakwa menjual dua daripada tiga ekor lembu yang disumbangkannya pada Hari Raya Aidiladha tahun lalu.

Menurut Setiausaha Politiknya, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Ahmad Faizal kesal kerana dua ekor lembu sumbangan peribadinya sepatutnya diagihkan kepada golongan asnaf dan rakyat di Bagan Datuk, didakwa telah dijual untuk tujuan lain.

Menurut Iskandar, Menteri Besar turut memandang serius dakwaan itu.

“Susulan satu laporan yang telah difailkan semalam (Selasa), Menteri Besar menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk meneliti dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, seorang ahli jawatankuasa Bersatu Bahagian Bagan Datuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya bagi menggesa siasatan dijalankan terhadap tiga pemimpin bahagian itu yang didakwa terbabit dalam penyelewengan tersebut.

Bahaman Tokiran mendakwa tiga pemimpin tertinggi Bersatu Bahagian Bagan Datuk menjual dua daripada tiga ekor lembu yang disumbangkan oleh Menteri Besar kepada penduduk setempat sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun lalu.

Bahaman mendakwa, dua ekor lembu dijual oleh dua pemimpin Bersatu Bahagian Bagan Datuk dan mereka mengambil duit dari jualan tersebut.

Katanya, jumlah dua ekor lembu tersebut dianggarkan dijual RM5,000 seekor dan hanya seekor lembu saja diagihkan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.