Adira selamat lahir cahaya mata ketiga

Diposting pada

Adira selamat lahir cahaya mata ketiga

Adira selamat lahir cahaya mata ketiga

BINTANG Akademi Fantasia, Adira selamat melahirkan cahaya mata ketiganya hasil perkongsian hidup dengan usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Perkara berkenaan disahkan sendiri Datuk Red menerusi akaun Instagramnya.

Bayi ketiga pasangan itu lahir pada 1.20 petang, Khamis dengan berat 3.35 kilogram.

Difahamkan Adira melahirkan bayi menerusi pembedahan.

 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Allhamdulliahhh…aku sujud syukur kepada Mu ya Allah. Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta. #anakke10 #rezekiyangtidakternilai

A post shared by Hamba Allah Dan Bakal Jenazah (@dato.red) on

“Alhamdulillah… Aku sujud syukur kepadaMu Ya Allah. Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya serta membentuk rupanya dan membuka pendengarannya dan penglihatannya.

“Maha suci Allah sebaik-baik Pencipta. #Anakke10 #rezekiyangtidakternilai,” tulis Datuk Red di akaun Instagramnya.

Laman Instagram itu turut dihujani ucapan tahniah kepada pasangan berkenaan.

Bayi perempuan ini merupakan anak ke-10 buat Datuk Red yang sudahpun mempunyai tujuh zuriat daripada dua perkahwinan sebelum ini.

Datuk Red dan Adira berkahwin pada 3 Disember 2015.

Pasangan ini menimang cahaya mata pertama, Anggerik, pada 10 Mac 2017, manakala anak kedua, Assan, pada 9 September 2018.

Astro AWANI mengucapkan tahniah kepada Datuk Red dan Adira.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.