Aaliyah yakin ke final acara tricks selepas gagal dalam slalom

Diposting pada

Aaliyah yakin ke final acara tricks selepas gagal dalam slalom

Aaliyah yakin ke final acara tricks selepas gagal dalam slalom

PUTRAJAYA: Ratu peluncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah yakin akan mara ke pusingan final acara tricks terbuka wanita esok selepas gagal ke final acara slalom pada pusingan awal Kejohanan Ski Air Dunia IWWF 2019, di sini pada Khamis.

Peluncur berusia 16 tahun, yang mengalami kecederaan telinga dua minggu lalu, sekadar menduduki tempat ke-22 selepas berjaya melepasi dua boya pada kelajuan 55 kilometer sejam dengan menggunakan panjang tali 12 meter (m) (2.0/55/12.0).

Aaliyah hampir menyamai catatan terbaik peribadinya iaitu 3/55/12 untuk mara ke pusingan final hujung minggu ini.

"Ketika panjang tali semakin singkat, ia agak tertekan. Saya rasa nak terjatuh pada jarak tali 14m tetapi rasa selesa pada 12m.

"Esok (Jumaat) adalah acara kegemaran saya iaitu tricks dan saya cukup bersedia. Saya perlu melakukan lebih visual untuk tricks. Secara teknikal, saya perlu perlahan dan berdiri," katanya kepada pemberita di Pusat Sukan Air Putrajaya di sini.

Seorang lagi peluncur negara, Nur Nadiah Hanani Md Nasir mengakhiri saingan slalom di tempat ke-39 dengan keputusan 1.50/55/18.25.

Dalam acara jump, Aaliyah yang melakukan 37.2m, Selasa lalu, sekadar menduduki tempat ke-16 dengan baki lapan lagi peluncur terpaksa bersaing esok disebabkan hujan lebat pada Khamis.

Hanya 12 peserta daripada pusingan awal layak ke peringkat akhir pada Sabtu dan Ahad ini.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.