8 maut dalam kemalangan libatkan 21 kenderaan

Diposting pada

8 maut dalam kemalangan libatkan 21 kenderaan

Merdeka

BANDUNG: Sekurang-kurangnya lapan orang maut dalam satu kemalangan melibatkan 21 buah kenderaan pelbagai jenis di Plaza Tol Purbaleunyi, Bandung, Jawa Barat, Indonesia pada Isnin.

Dalam kecelakaan jalan raya sekitar pukul 1 tengah hari itu, sembilan mangsa lain yang mengalami kecederaan.

Berdasarkan laporan portal-portal berita Indonesia, terdapat sejumlah kenderaan juga terbakar dalam kemalangan yang masih belum dikenal pasti puncanya.

Ketika ini, pasukan keselamatan masih melakukan siasatan selain mengawal kesesakan trafik yang luar biasa ekoran kemalangan yang mencatat sejarah melibatkan kenderaan paling banyak.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.