500,000 kenderaan akan masuk ke Kedah menjelang Aidiladha

Diposting pada

500,000 kenderaan akan masuk ke Kedah menjelang Aidiladha

500,000 kenderaan akan masuk ke Kedah menjelang Aidiladha

ALOR SETAR: Sekitar setengah juta kenderaan akan masuk ke negeri Kedah menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha, Ahad ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan dan Industri Utama Kedah, Azman Nasrudin, berkata, jumlah terbabit menunjukkan penurunan ketara hampir 50 peratus berbanding kemasukan kenderaan yang dicatatkan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, iaitu lebih satu juta kenderaan, Jun lalu.

Tegas beliau, ketika ini pihaknya sentiasa bersedia bagi menghadapi segala kemungkinan seperti kesesakan jalan raya yang teruk, dengan bekerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tambah Azman, bagi anak Kedah yang berada di perantauan, mereka boleh menyemak aliran trafik lebuh raya utara selatan menerusi laman web rasmi atau media sosial Plus Malaysia bagi merancang perjalanan untuk pulang ke kampung.

"Saya ingat tak sampai (1 juta). Kalau hari itu (Aidifitri) memang ikut laporan PDRM, kemasukan  kenderaan keluar dan masuk tu hampir satu juta, tapi saya ingat untuk raya haji ni mungkin dalam 500,000 atau tak sampai.

"Ya, (ada jalin) kerjasama dengan JPJ dan PDRM agar trafik dapat berjalan dengan lancar. Sebab itu hari ini kita tengok di lebuhraya giat dijalankan kerja turapan semula, supaya bila sampai musim raya haji ni, kerja itu dapat dihentikan dan trafik berjalan lancar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman.

Dalam perkembangan sama, Azman menjelaskan kerajaan negeri Kedah telah mengadakan perbincangan bersama Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkenaan projek menswastakan Terminal Bas Shahab Perdana.

Jelasnya, ia bertujuan untuk menaik taraf mutu pengendalian terminal terbabit terutama dalam proses pembelian tiket di kaunter serta pembangunan insfrastuktur.

Walau bagaimanapun, tegas beliau, cadangan tersebut masih sedang diperhalusi kerajaan pusat dan tidak menolak kemungkinan menswastakan terminal itu pada masa hadapan.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.