19 maut, kereta menentang arus rempuh tiga kenderaan di Kaherah

Diposting pada

19 maut, kereta menentang arus rempuh tiga kenderaan di Kaherah

19 maut, kereta menentang arus rempuh tiga kenderaan di Kaherah

KAHERAH: Sekurang-kurangnya 19 dilaporkan maut manakala 30 yang lain cedera dalam insiden letupan di luar Institut Kanser Kebangsaan Mesir yang terletak di tengah Kaherah, kata Kementerian Kesihatan negara itu awal hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Mesir, sebuah kereta yang bergerak menentang arus bertembung dengan tiga kereta lain menyebabkan letupan berlaku.

Video yang dimuat naik menunjukkan pihak bomba cuba mengawal kebakaran besar yang turut merosakkan beberapa kenderaan.

Video yang dimuat naik menunjukkan pihak bomba cuba mengawal kebakaran besar yang turut merosakkan beberapa kenderaan. - Foto Reuters

Sumber memberitahu Reuters, pendakwa raya Mesir sedang menyiasat punca insiden, namun tiada kenyataan rasmi yang menyatakan insiden letupan adalah satu serangan.

Sementara itu, agensi berita Al Jazeera diberitahu sepasukan pendakwa, pakar makmal jenayah dan juga pakar bom telah tiba di lokasi kejadian. – Agensi

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.