17 kelasi dipercayai diculik lanun Nigeria

Diposting pada

17 kelasi dipercayai diculik lanun Nigeria

17 kelasi dipercayai diculik lanun Nigeria

CAMEROON: Seramai 17 kelasi diculik pada khamis selepas dua buah kapal dagang diserang lanun di perairan Cameroon, Afrika.

Menurut jurucakap pelabuhan Douala seperti dilapor AFP, daripada jumlah tersebut, lapan adalah warga Ukraine manakala sembilan lagi warga China, yang diculik dari satu daripada kapal berkenaan.

Perkara itu turut disahkan oleh seorang pegawai keselamatan Cameroon yang enggan dikenali.

Sementara itu, sumber Tentera Laut Cameroon dan perkhidmatan pelabuhan negara itu memaklumkan, setakat ini pihaknya tidak mempunyai maklumat lanjut mengenai kes penculikan tersebut.

Namun, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa penculik merupakan ‘lanun Nigeria’.

Setakat ini, pasukan pasukan keselamatan sudah melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan kesemua mangsa culik.

Dilaporkan, kegiatan lanun semakin berleluasa di Teluk Guinea yang terletak di bahagian timur laut Lautan Atlantik.

Menurut Biro Maritim Antarabangsa, seramai 62 kelasi telah dijadikan tebusan atau diculik di kawasan itu pada separuh pertama tahun 2019.

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.