16 budak alami 'sindrom werewolf'

Diposting pada

16 budak alami 'sindrom werewolf'

16 budak alami 'sindrom werewolf'

MADRID: Seramai 16 kanak-kanak mengalami 'sindrom werewolf' selepas mengambil ubat tercemar di Sepanyol.

Kebanyakan budak menunjukkan hypertrichosis yang menyebabkan pertumbuhan bulu di seluruh tubuh mereka selepas mereka mengambil ubat tercemar dengan minoxidil untuk merawat alopesia (ketiadaan rambut atau bulu pada kawasan yang biasanya berambut).

Susulan kejadian itu, Agensi untuk Ubat-ubatan dan Produk Kesihatan Sepanyol mengarahkan kelompok pertama produk ubat-ubatan Farma-Quimica Sur SL, sebuah syarikat farmaseutikal berpusat di Malaga ditarik balik daripada edaran pada 11 Julai lalu selepas 13 kes dilaporkan.

Tiga lagi kes baharu direkodkan pada awal bulan lalu dan memaksa langkah sama dibuat terhadap ubat yang dikeluarkan farmasi itu.

Sumber kesihatan memaklumkan pertumbuhan rambut kesemua budak itu terhenti apabila mereka berhenti mengambil ubat tersebut.

Pihak berkuasa kesihatan percaya insiden ubat tercemar itu turut menjejaskan sehingga 30 farmasi dan lebih 50 kelompok ubat.

Difahamkan, lesen operasi Farma-Quimica Sur yang mempunyai pembekal di India telah digantung dan ia tidak boleh menghasilkan, mengimport atau mengedarkan ubat-ubatan.

Sindrom werewolf atau hypertrichosis adalah istilah yang digunakan terhadap pertumbuhan bulu secara melampau pada bahagian tubuh individu. – Agensi

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.