130 peserta buru gelaran Mr Malaysia 2019

Diposting pada

130 peserta buru gelaran Mr Malaysia 2019

130 peserta buru gelaran Mr Malaysia 2019

KOTA KINABALU: Seramai 130 atlet berentap bagi merebut gelaran Mr Malaysia 2019 pada Kejohanan Bina Badan Kebangsaan ke-50 yang bermula di sini semalam.

Setiausaha penganjur kejohanan, Joseph Sylbester, berkata, 16 kategori dipertandingkan termasuk kategori remaja 70 kilogram (kg), Masters, Wanita, Light Flyweight 55kg, Flyweight 60kg dan kategori Bantamweight 65kg dalam kejohanan itu.

"Ini adalah kali ketiga Sabah menjadi tuan rumah kejohanan selepas penganjuran pada 2007 dan 2012. Hari ini kita masih di peringkat pemilihan untuk lima peserta setiap kategori yang bertanding dalam saingan akhir esok," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Joseph, yang juga jurulatih pasukan Sabah, berkata seramai 18 atlet dari Sabah menyertai kejohanan berkenaan.

"Kita sasarkan pasukan Sabah sekurang-kurangnya mendapat tiga emas dan tiga pingat perak. Kita meletakkan harapan kepada beberapa atlet untuk mendapatkan pingat," katanya.

Beliau berkata antara atlet yang menjadi sandaran emas pasukan Sabah ialah Grace Voo dalam kategori remaja 70kg dan ke atas, Christie M.L Cletus (Middleweight 85kg) dan Suhaili Toipin yang bertanding dalam kategori Welterweight 75kg.

— BERNAMA

sumber :astroawani

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.